Saturday, 16 November 2019

METODOLOGI/KAEDAH KAJIAN


1.0 METODOLOGI/KAEDAH KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, kami menggunakan 3 jenis kaedah kajian iaitu temubual, soal selidik dan pemerhatian.Ketiga-tiga hasil daripada kaedah ini kami gunakan sebagai rujukan utama untuk membuat laporan kami.


1.1 TEMU BUAL
Kajian ini juga mendapat maklumat dengan menggunakan kaedah temu bual pelajar dan guru.Temu bual ini dijalankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut organisasi-organisai yang terdapat di sekolah tersebut.Selain itu, semasa temu bual dijalankan kami telah mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan kepimpinan sekolah seperti fungsi, jenis dan lain-lain lagi. Melalui kaedah ini, kami juga dapat mengenal pasti masalah yang wujud melalui jawapan responden semasa proses temubual ini dijalankan. Kami juga telah merekodkan dan merakamkan video temu bual ini bertujuan untuk rujukan bagi hasil kajian kami dengan mentranskripkan dialog tersebut. Kami mengggunakan kaedah temubual semi-berstruktur iaitu dengan mengajukan soalan yang disediakan terlebih dahulu dan soalan secara langsung kepada responden.

1.1.1 Soalan temu bual yang diajukan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Soalan 1 :
Bagaimanakah prosedur pemilihan MPP ?
Jawapan 1 :
Kami menggunakan prosedur pilihan raya. Seminggu sebelum pembubaran MPP, penasihat akan mengeluarkan satu surat notis yang dinamakan “Pembubaran MPP bagi sesi tahun tersebut”. Apabila status pembubaran telah dikeluarkan, borang pencalonan akan diedarkan. Pelajar perlu mengisi borang tersebut dan perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua jabatan.
Soalan 2 :
Berapa lamakah tempoh menjawat jawatan sebagai MPP ?
Jawapan 2 :
Tempoh menjawat jawatan ini  selama setahun.

Soalan 3 :
Apakah syarat utama untuk menjadi MPP ?
Jawapan :
Syarat pertama.calon perlu  menjadi pelajar Kolej Vokasional sekurang-kurangnya 6 bulan. Syarat kedua pula, calon perlu mempunyai keputusan PNGK melebihi 2.0.Syarat yang terakhir calon tidak mempunyai rekod disiplin yang berat.

Soalan 4 :
Apakah fungsi utama MPP ?
Jawapan :
Sebagai ejen mempromosikan Kolej Vokasional dan membantu pihak pengurusan dalam mengurus pelajar. MPP juga merupakan  perantara antara pihak pengurusan dan pelajar.

Soalan 5 :
Apakah langkah yang dilakukan untuk menantapkan lagi kepimpinan pelajar ?
Jawapan :
Mengadakan program-program kepimpinan untuk memantapkan lagi prestasi kepimpinan pelajar.



1.2 SOAL SELIDIK

Soal selidik ini dijalankan ke atas responden bagi mendapatkan data dan pandangan guru berkaitan organisasi dan kepimpinan di sekolah. Soal selidik ini dilakukan bagi mengenalpasti gaya kepimpinan dan organisasi yang diamalkan oleh pengarah atau pengetua di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Responden diberi tempoh 20 minit untuk menjawab soal selidik dan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk melengkapkan borang soal selidik tersebut.

Set soalan dalam soal selidik ini terdiri dari enam item aneka pilihan dengan menggunakan ‘Skala Likert’ sebagai pilihan jawapan responden. Soal selidik ini juga memudahkan kami untuk merekodkan data dan seterusnya menganalisis data tersebut. Sebanyak 4 borang soal selidik telah diberikan kepada respoden untuk menilai gaya kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah tersebut. Responden bagi soal selidik kami terdiri daripada 2 orang guru dari SMK dan 2 orng guru dari kolej vokasional.
           
            1.2.1  Analisis daripada soal selidik yang dilakukan

1.2.1.1       RESPONDEN 1 : PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL
·         Pengarah Kolej Vokasional mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dalam bahagian menggalakkan pembelajaran berterusan, mewujudkan pemimpin pelapis di sekolah, penerapan budaya perkongsian pembalajaran dalam kalangan guru dan menggalakkan perkongsian dengan rakan aatau organisasi di luar sekolah.
·         Hal ini kerana pengarah menggalakkan kerjasama yang berterusan antara guru walaupun mereka bukan daripada panitia yang sama.
·         Pengetua juga mengutamakan konsep berpasukan dalam kalangan guru ketika mereka melaksanakan sesuatu tugas.
·         Selain itu, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengarah adakalanya bersifat Autokratik bergantung kepada iaitu apabila guru tidak mendengar pandangannya.


1.2.1.2       RESPONDEN 2 : PENGETUA  SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

·         Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan telah mengamalkan gaya kepimpinan Lassiez-Faire sebagai contoh pengetua tidak menggalakkan guru merasa  taksub atau percaya sepenuh hati kepada kepimpinan beliau.
·         Pengetua juga mengamalkan gaya kepimpinan demokratik kerana membenarkan guru berkongsi maklumat dalam mencari jalan penyelesaian daan suara majoriti dalam membuat keputusan.

1.2.1.3       RESPONEN 3 : MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (KV)

Pemilihan MPP merupakan pemilihan secaraDemokratik oleh guru penasihat
       Penasihat mengeluarkan satu surat notis pembubaran MPP dan pengedaran borang calonan diedarkan kepada pelajar-pelajar secara umum.
       Para pelajar diberi pilihan sama ada mereka ingin menjadi calon MPP yang seterusnya ataupun tidak.
Gaya kepimpinan MPP adalah Demokratik
       MPP bertindak sebagai pengantaraan antara pengurusan dan pelajar di sekolah.
       Masalah yang timbul dari pelajar juga akan diatasi oleh MPP dengan cara tidak bertindak secara sendiri. Malah akan membagitahu terus ke pengurusan.





1.3 PEMERHATIAN
Selain daripada menggunakan kaedah temubual dan soal selidik, kami juga telah mendapatkan maklumat melalui analisis data dan pemerhatian di Kolej Vokasional dan sekolah menengah kebangsaan. Melalui kaedah kajian ini kami dapat melihat keberkesanan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah tersebut. Kami juga dapat melihat gaya kepimpinan yang diamalkan oleh kepimpimnan dan organisasi sekolah tersebut berdasarkan pemerhatian yang kami jalankan. Berdasarkan kaedah ini, kami dapat melihat masalah-masalah kepimpinan dan organisai yang wujud di sekolah tersebut.

Pemerhatian yang kami lakukan di sekolah dan kolej vokasional dari segi pengurusan pentadbiran, organisasi yang terdapat di sekolah dan kemudahan yang disediakan untuk sesebuah organisasi. Rajah dibawah merupakan antara catatan yang kami buat berdasarkan pemerhatian kami.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BUTIRAN
KOLEJ VOKASIONAL
Pengurusan pentadbiran sistematik dan teratur.

Pengurusan Pentadbiran
Pengurusan pentadbiran sistematik dan teratur.
1. Pengetua sebagai ketua pemimipin di sekolah.
2.Pegawas menjadi pelaksana peraturan dan undang-undang sekolah pada masa yang sama menjadi mata dan telinga guru-guru.



Organisasi di sekolah
1.Pengarah sebagai ketua pemimpin di Kolej Vokasional.
2.MPP sebagai pengantaraan antara pelajar dan pengurusan
Tidak disediakan bilik khas untuk pengawas.
Kemudahan yang disediakan untuk sesebuah organisasi
Mempunyai bilik yang disediakan khas untuk MPP mengadakan perbincangan.



No comments:

Post a Comment

GAYA KEPIMPINAN (VIDEO)

GAYA KEPIMPINAN