Tuesday, 3 December 2019

Kelebihan dan Kelemahan Organisasi dan Kepimpinan di KV dan SMK


KELEBIHAN
Berdasarkan kajian yang telah kami perolehi terdapat beberapa kelebihan mengenai organisasi dan gaya kepimpinan yang diamalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Kolej Vokasional (KV).Guru-guru diberi kebebasan untuk mengemukakan pendapat mereka semasa mesyuarat diadakan iaitu mengenai aktiviti ataupun program yang ingin dilakukan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di sekolah. Pengetua ataupun pengarahakan mempertimbangankan pendapat yang dikemukan oleh guru-guru secara rasional.Mereka lebih menitik beratkan pihak bawahan dalam mencapai sesuatu tujuan. Oleh itu, warga organisasi akan lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan produktiviti juga akan meningkat dari masa ke semasa. Selain itu, keputusan yang dicapai bersama ini juga akan menggalakkan percambahan minda dalam organisasi tersebut.Hubungan ketua dan orang bawahannya juga akan lebih erat di mana meraka akan sentiasa saling bantu membantu antara satu sama lain dalam menjalan kan sesuatu tugas.

KELEMAHAN

Berdasarkan kajian yang telah kami perolehi terdapat beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan organisasi dan gaya yang kepiminan yang diamalkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Kolej Vokasional (KV). Antaranya adalah pengetua terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan.Hal ini kerana  pengetua terpaksa mempertimbangkan pandangan pelbagai pihak bagi mendapatkan suara majoriti dari guru-guru dan staf. Perkara ini telah menyebabkan program yang ingin dilaksana terpaksa ditanggungkan buat sementara waktu sekiranya keputusan yang ditunggu-tunggu masih belum dikeluarkan. Prosedur yang dilakukan juga sangat rumit sehingga boleh menyebabkan perselisihan faham antara satu sama lain kerana berlakunya percanggahan pendapat. Meraka perlulah mempunyai komunikasi yang baik antara satu sama lain. Justeru itu, pengetua terpaksa melakukan mesyuarat semua guru-guru untuk mendengar dengan lebih jelas pandangan daripada guru-guru sehingga mengganggu sistem serta proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah. Di samping itu,  mereka juga memerlukan syarat peningkatan tertentu bagi pemipin dan  juga memerlukan toleransi antara dua pihak bagi mengurangkan salah faham kerana memalui gaya kepimpinan  demokrasi ini untuk mencapai kat sepakat amatlah sukar.

No comments:

Post a Comment

GAYA KEPIMPINAN (VIDEO)

GAYA KEPIMPINAN