GAYA KEPIMPINAN
Wednesday, 4 December 2019
Penambahbaikan Untuk Meningkatkan sistem Organisasi dan Kempimpinan
PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan kajian yang telah kami
perolehi terdapat penambahbaikan antaranya adalah dengan meningkatkan interaksi
dua hala antara dua pihak. Kepimpinan
yang diamalkan oleh SMK dan KV mengambil masa yang lama dalam membuat taupun memutuskan
sesuatu keputusan.Justeru itu, pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil
langkah yang lebih efektif dalam memnyelesaikan isu bagi melancarkan sistem
petadbiran di sekolah tersebut.Dalam konsep dua hala ini juga, pihak yang
bertanggungjawab juga perlulah mengambil kira keadaan suasana tempat
perbincangan yang dilakukan agar dapat membantu guru-guru dalam mengeluarkan
sesuatu idea yang bernas dan bermutu. Hal ini kerana sekiranya suasana tempat
tersebut berada dalam keadaan baik, ia akan memberi keselesaan dan ketenangan
kepada guru-guru agar proses perbincangan tersebut akan berjalan lebih lancar
serta sistematik. Apabila dua konsep penambahbaikkan ini dilakukan, kita dapat
mempercepatkkan proses perbincangan dengan lebih sistematik dan teratur. Bekas
Menteri Pendidikan Dan Ketua Jurnal Akademik Islamiyat Al-Maritah ada
menyatakan dalam kepimpinan mesti ada gerakan dan perubahan yang positif secara
berterusan (Wan Rahimah Draman, 2007).Dengan itu, pemimpin hendaklah terlibat
secara aktif, menggerak dan menangani perubahan, memberi bimbingan dan tunjuk
ajar, dorongan dan galakan supaya setiap aktiviti mencapai matlamat dan memberi
sumbangan ke arah kecemerlangan sejajar dengan perubahan globalisasi.
Selain itu, pihak pengurusan
perlulah mengambil langkah dengan merangka strategi baru bagi memperkemas dan
mempertingkatkan lagi kualiti kepimpinan di sekolah agar lebih efisyen. Dalam
masa yang sama pihak pengurusan juga perlulah membandingkan perbezaan gaya
kepimpinan yang diamalkan dengan gaya kepimpinan yang sekolah Kluster
Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi agar dapat dijadikan contoh untuk
diteladani bagi memastikan tahap kepimpinan di sekolah berada pada tahap yang
memberangsangkan.
Di samping itu, pihak pengurusan
juga perlulah perlu memastikan gaya kepimpinan yang lebih bersifat timbangrasa
lebih banyak diamalkan berbanding dengan sifat mengarah atau mengatur kerja
kakitangan bagi memastikan tahap kepuasan kerja kakitangan berada di tahap
tinggi. Jika gaya kepimpinan yang bersifat mengarah, mengatur atau mementingkan
soal hasil kerja, dalam masa yang sama ia juga perlu diseimbangkan dengan sifat
bertimbangrasa. Kepimpinan yang beorinterasikan timbang rasa, menurut
Fleishman (1973) membawa maksud gaya
yang menunjukkan persahabatan , saling mempercayai, hormat, kemesraan dan
hubungan baik antara pemimpin dan kelompoknya.
Akhir sekali pihak pengurusan juga perlulah melakukan
perubahan dari masa ke sama corak dan gaya kepimpinan yang digunakan di sekolah
. Semua kakitangan yang terlibat juga perlulah memainkan peranan penting dalam
agar sistem pendidikan di sekolah berada dalam keadaan yang baik dan cemerlang.
Edmond (1978) berpendapat ‘ principle can make a difference’, yang membawa
maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca
daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara
pengurusan .Kupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam
pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat penting kepada kepimpinan
berkesan.
Tuesday, 3 December 2019
Kelebihan dan Kelemahan Organisasi dan Kepimpinan di KV dan SMK
KELEBIHAN
Berdasarkan
kajian yang telah kami perolehi terdapat beberapa kelebihan mengenai organisasi
dan gaya kepimpinan yang diamalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan
Kolej Vokasional (KV).Guru-guru
diberi kebebasan untuk
mengemukakan pendapat mereka semasa mesyuarat diadakan iaitu mengenai aktiviti
ataupun program yang ingin dilakukan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di
sekolah. Pengetua ataupun
pengarahakan
mempertimbangankan pendapat yang dikemukan oleh guru-guru secara rasional.Mereka lebih menitik beratkan pihak bawahan dalam
mencapai sesuatu tujuan. Oleh itu, warga organisasi akan lebih bertanggungjawab
dalam menjalankan tugas dan produktiviti juga akan meningkat dari masa ke
semasa. Selain itu, keputusan yang dicapai bersama ini juga akan menggalakkan percambahan minda
dalam organisasi tersebut.Hubungan
ketua dan orang bawahannya juga akan lebih erat di mana meraka akan sentiasa
saling bantu membantu antara satu sama lain dalam menjalan kan sesuatu tugas.
KELEMAHAN
Berdasarkan kajian
yang telah kami perolehi terdapat beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan
organisasi dan gaya yang kepiminan yang diamalkan oleh Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) dan Kolej Vokasional (KV). Antaranya adalah pengetua terpaksa
mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan.Hal ini kerana pengetua terpaksa mempertimbangkan pandangan
pelbagai pihak bagi mendapatkan suara majoriti dari guru-guru dan staf. Perkara
ini telah menyebabkan program yang ingin dilaksana terpaksa ditanggungkan buat
sementara waktu sekiranya keputusan yang ditunggu-tunggu masih belum
dikeluarkan. Prosedur yang dilakukan juga sangat rumit sehingga boleh
menyebabkan perselisihan faham antara satu sama lain kerana berlakunya
percanggahan pendapat. Meraka perlulah mempunyai komunikasi yang baik antara
satu sama lain. Justeru itu, pengetua terpaksa melakukan mesyuarat semua
guru-guru untuk mendengar dengan lebih jelas pandangan daripada guru-guru
sehingga mengganggu sistem serta proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
di sekolah. Di samping itu, mereka juga
memerlukan syarat peningkatan tertentu bagi pemipin dan juga memerlukan toleransi antara dua pihak
bagi mengurangkan salah faham kerana memalui gaya kepimpinan demokrasi ini untuk mencapai kat sepakat
amatlah sukar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
GAYA KEPIMPINAN (VIDEO)
GAYA KEPIMPINAN