GAYA KEPIMPINAN
My Blog
Wednesday, 4 December 2019
Penambahbaikan Untuk Meningkatkan sistem Organisasi dan Kempimpinan
PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan kajian yang telah kami
perolehi terdapat penambahbaikan antaranya adalah dengan meningkatkan interaksi
dua hala antara dua pihak. Kepimpinan
yang diamalkan oleh SMK dan KV mengambil masa yang lama dalam membuat taupun memutuskan
sesuatu keputusan.Justeru itu, pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil
langkah yang lebih efektif dalam memnyelesaikan isu bagi melancarkan sistem
petadbiran di sekolah tersebut.Dalam konsep dua hala ini juga, pihak yang
bertanggungjawab juga perlulah mengambil kira keadaan suasana tempat
perbincangan yang dilakukan agar dapat membantu guru-guru dalam mengeluarkan
sesuatu idea yang bernas dan bermutu. Hal ini kerana sekiranya suasana tempat
tersebut berada dalam keadaan baik, ia akan memberi keselesaan dan ketenangan
kepada guru-guru agar proses perbincangan tersebut akan berjalan lebih lancar
serta sistematik. Apabila dua konsep penambahbaikkan ini dilakukan, kita dapat
mempercepatkkan proses perbincangan dengan lebih sistematik dan teratur. Bekas
Menteri Pendidikan Dan Ketua Jurnal Akademik Islamiyat Al-Maritah ada
menyatakan dalam kepimpinan mesti ada gerakan dan perubahan yang positif secara
berterusan (Wan Rahimah Draman, 2007).Dengan itu, pemimpin hendaklah terlibat
secara aktif, menggerak dan menangani perubahan, memberi bimbingan dan tunjuk
ajar, dorongan dan galakan supaya setiap aktiviti mencapai matlamat dan memberi
sumbangan ke arah kecemerlangan sejajar dengan perubahan globalisasi.
Selain itu, pihak pengurusan
perlulah mengambil langkah dengan merangka strategi baru bagi memperkemas dan
mempertingkatkan lagi kualiti kepimpinan di sekolah agar lebih efisyen. Dalam
masa yang sama pihak pengurusan juga perlulah membandingkan perbezaan gaya
kepimpinan yang diamalkan dengan gaya kepimpinan yang sekolah Kluster
Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi agar dapat dijadikan contoh untuk
diteladani bagi memastikan tahap kepimpinan di sekolah berada pada tahap yang
memberangsangkan.
Di samping itu, pihak pengurusan
juga perlulah perlu memastikan gaya kepimpinan yang lebih bersifat timbangrasa
lebih banyak diamalkan berbanding dengan sifat mengarah atau mengatur kerja
kakitangan bagi memastikan tahap kepuasan kerja kakitangan berada di tahap
tinggi. Jika gaya kepimpinan yang bersifat mengarah, mengatur atau mementingkan
soal hasil kerja, dalam masa yang sama ia juga perlu diseimbangkan dengan sifat
bertimbangrasa. Kepimpinan yang beorinterasikan timbang rasa, menurut
Fleishman (1973) membawa maksud gaya
yang menunjukkan persahabatan , saling mempercayai, hormat, kemesraan dan
hubungan baik antara pemimpin dan kelompoknya.
Akhir sekali pihak pengurusan juga perlulah melakukan
perubahan dari masa ke sama corak dan gaya kepimpinan yang digunakan di sekolah
. Semua kakitangan yang terlibat juga perlulah memainkan peranan penting dalam
agar sistem pendidikan di sekolah berada dalam keadaan yang baik dan cemerlang.
Edmond (1978) berpendapat ‘ principle can make a difference’, yang membawa
maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca
daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara
pengurusan .Kupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam
pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat penting kepada kepimpinan
berkesan.
Tuesday, 3 December 2019
Kelebihan dan Kelemahan Organisasi dan Kepimpinan di KV dan SMK
KELEBIHAN
Berdasarkan
kajian yang telah kami perolehi terdapat beberapa kelebihan mengenai organisasi
dan gaya kepimpinan yang diamalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan
Kolej Vokasional (KV).Guru-guru
diberi kebebasan untuk
mengemukakan pendapat mereka semasa mesyuarat diadakan iaitu mengenai aktiviti
ataupun program yang ingin dilakukan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di
sekolah. Pengetua ataupun
pengarahakan
mempertimbangankan pendapat yang dikemukan oleh guru-guru secara rasional.Mereka lebih menitik beratkan pihak bawahan dalam
mencapai sesuatu tujuan. Oleh itu, warga organisasi akan lebih bertanggungjawab
dalam menjalankan tugas dan produktiviti juga akan meningkat dari masa ke
semasa. Selain itu, keputusan yang dicapai bersama ini juga akan menggalakkan percambahan minda
dalam organisasi tersebut.Hubungan
ketua dan orang bawahannya juga akan lebih erat di mana meraka akan sentiasa
saling bantu membantu antara satu sama lain dalam menjalan kan sesuatu tugas.
KELEMAHAN
Berdasarkan kajian
yang telah kami perolehi terdapat beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan
organisasi dan gaya yang kepiminan yang diamalkan oleh Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) dan Kolej Vokasional (KV). Antaranya adalah pengetua terpaksa
mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan.Hal ini kerana pengetua terpaksa mempertimbangkan pandangan
pelbagai pihak bagi mendapatkan suara majoriti dari guru-guru dan staf. Perkara
ini telah menyebabkan program yang ingin dilaksana terpaksa ditanggungkan buat
sementara waktu sekiranya keputusan yang ditunggu-tunggu masih belum
dikeluarkan. Prosedur yang dilakukan juga sangat rumit sehingga boleh
menyebabkan perselisihan faham antara satu sama lain kerana berlakunya
percanggahan pendapat. Meraka perlulah mempunyai komunikasi yang baik antara
satu sama lain. Justeru itu, pengetua terpaksa melakukan mesyuarat semua
guru-guru untuk mendengar dengan lebih jelas pandangan daripada guru-guru
sehingga mengganggu sistem serta proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
di sekolah. Di samping itu, mereka juga
memerlukan syarat peningkatan tertentu bagi pemipin dan juga memerlukan toleransi antara dua pihak
bagi mengurangkan salah faham kerana memalui gaya kepimpinan demokrasi ini untuk mencapai kat sepakat
amatlah sukar.
Saturday, 16 November 2019
METODOLOGI/KAEDAH KAJIAN
1.0
METODOLOGI/KAEDAH KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, kami
menggunakan 3 jenis kaedah kajian iaitu temubual, soal selidik dan
pemerhatian.Ketiga-tiga hasil daripada kaedah ini kami gunakan sebagai rujukan
utama untuk membuat laporan kami.
1.1 TEMU BUAL
Kajian ini juga
mendapat maklumat dengan menggunakan kaedah temu bual pelajar dan guru.Temu
bual ini dijalankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut organisasi-organisai
yang terdapat di sekolah tersebut.Selain itu, semasa temu bual dijalankan kami
telah mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan kepimpinan sekolah seperti
fungsi, jenis dan lain-lain lagi. Melalui kaedah ini, kami juga dapat mengenal
pasti masalah yang wujud melalui jawapan responden semasa proses temubual ini
dijalankan. Kami juga telah merekodkan dan merakamkan video temu bual ini
bertujuan untuk rujukan bagi hasil kajian kami dengan mentranskripkan dialog
tersebut. Kami mengggunakan kaedah temubual semi-berstruktur iaitu dengan
mengajukan soalan yang disediakan terlebih dahulu dan soalan secara langsung
kepada responden.
1.1.1 Soalan temu bual yang
diajukan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Soalan 1 :
Bagaimanakah prosedur pemilihan MPP ?
Jawapan 1 :
Kami menggunakan prosedur pilihan raya. Seminggu sebelum pembubaran MPP,
penasihat akan mengeluarkan satu surat notis yang dinamakan “Pembubaran MPP
bagi sesi tahun tersebut”. Apabila status pembubaran telah dikeluarkan, borang
pencalonan akan diedarkan. Pelajar perlu mengisi borang tersebut dan perlu
mendapatkan pengesahan daripada ketua jabatan.
Soalan 2 :
Berapa lamakah tempoh menjawat jawatan sebagai MPP ?
Jawapan 2 :
Tempoh menjawat jawatan ini
selama setahun.
Soalan 3 :
Apakah syarat utama untuk menjadi MPP ?
Jawapan :
Syarat pertama.calon perlu
menjadi pelajar Kolej Vokasional sekurang-kurangnya 6 bulan. Syarat
kedua pula, calon perlu mempunyai keputusan PNGK melebihi 2.0.Syarat yang
terakhir calon tidak mempunyai rekod disiplin yang berat.
Soalan 4 :
Apakah fungsi utama MPP ?
Jawapan :
Sebagai ejen mempromosikan Kolej Vokasional dan membantu pihak
pengurusan dalam mengurus pelajar. MPP juga merupakan perantara antara pihak pengurusan dan
pelajar.
Soalan 5 :
Apakah langkah yang dilakukan untuk menantapkan lagi kepimpinan pelajar
?
Jawapan :
Mengadakan program-program kepimpinan untuk memantapkan lagi prestasi
kepimpinan pelajar.
1.2 SOAL SELIDIK
Soal selidik ini
dijalankan ke atas responden bagi mendapatkan data dan pandangan guru berkaitan
organisasi dan kepimpinan di sekolah. Soal selidik ini dilakukan bagi
mengenalpasti gaya kepimpinan dan organisasi yang diamalkan oleh pengarah atau
pengetua di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Responden diberi
tempoh 20 minit untuk menjawab soal selidik dan mereka mempunyai masa yang
mencukupi untuk melengkapkan borang soal selidik tersebut.
Set soalan dalam
soal selidik ini terdiri dari enam item aneka pilihan dengan menggunakan ‘Skala
Likert’ sebagai pilihan jawapan responden. Soal selidik ini juga memudahkan
kami untuk merekodkan data dan seterusnya menganalisis data tersebut. Sebanyak
4 borang soal selidik telah diberikan kepada respoden untuk menilai gaya
kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah tersebut. Responden bagi soal selidik
kami terdiri daripada 2 orang guru dari SMK dan 2 orng guru dari kolej
vokasional.
1.2.1 Analisis daripada soal selidik yang dilakukan
1.2.1.1 RESPONDEN 1 : PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL
·
Pengarah Kolej Vokasional mengamalkan
gaya kepimpinan demokratik dalam
bahagian menggalakkan pembelajaran berterusan, mewujudkan pemimpin pelapis di
sekolah, penerapan budaya perkongsian pembalajaran dalam kalangan guru dan
menggalakkan perkongsian dengan rakan aatau organisasi di luar sekolah.
·
Hal ini kerana pengarah menggalakkan
kerjasama yang berterusan antara guru walaupun mereka bukan daripada panitia
yang sama.
·
Pengetua juga mengutamakan konsep
berpasukan dalam kalangan guru ketika mereka melaksanakan sesuatu tugas.
·
Selain itu, gaya kepimpinan yang
diamalkan oleh pengarah adakalanya bersifat Autokratik bergantung kepada iaitu apabila guru tidak mendengar
pandangannya.
1.2.1.2 RESPONDEN 2 : PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
·
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
telah mengamalkan gaya kepimpinan Lassiez-Faire
sebagai contoh pengetua tidak menggalakkan guru merasa taksub atau percaya sepenuh hati kepada
kepimpinan beliau.
·
Pengetua juga mengamalkan gaya
kepimpinan demokratik kerana
membenarkan guru berkongsi maklumat dalam mencari jalan penyelesaian daan suara
majoriti dalam membuat keputusan.
1.2.1.3 RESPONEN 3 : MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (KV)
Pemilihan MPP merupakan pemilihan
secaraDemokratik oleh guru penasihat
•
Penasihat mengeluarkan satu surat
notis pembubaran MPP dan pengedaran borang calonan diedarkan kepada
pelajar-pelajar secara umum.
•
Para pelajar diberi pilihan sama ada
mereka ingin menjadi calon MPP yang seterusnya ataupun tidak.
Gaya kepimpinan MPP adalah
Demokratik
•
MPP bertindak sebagai pengantaraan
antara pengurusan dan pelajar di sekolah.
•
Masalah yang timbul dari pelajar
juga akan diatasi oleh MPP dengan cara tidak bertindak secara sendiri. Malah
akan membagitahu terus ke pengurusan.
1.3 PEMERHATIAN
Selain daripada
menggunakan kaedah temubual dan soal selidik, kami juga telah mendapatkan
maklumat melalui analisis data dan pemerhatian di Kolej Vokasional dan sekolah
menengah kebangsaan. Melalui kaedah kajian ini kami dapat melihat keberkesanan
gaya kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah tersebut. Kami juga dapat melihat
gaya kepimpinan yang diamalkan oleh kepimpimnan dan organisasi sekolah tersebut
berdasarkan pemerhatian yang kami jalankan. Berdasarkan kaedah ini, kami dapat
melihat masalah-masalah kepimpinan dan organisai yang wujud di sekolah
tersebut.
Pemerhatian yang kami lakukan di sekolah
dan kolej vokasional dari segi pengurusan pentadbiran, organisasi yang terdapat
di sekolah dan kemudahan yang disediakan untuk sesebuah organisasi. Rajah
dibawah merupakan antara catatan yang kami buat berdasarkan pemerhatian kami.
|
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN
|
BUTIRAN
|
KOLEJ VOKASIONAL
|
|
Pengurusan pentadbiran
sistematik dan teratur.
|
Pengurusan Pentadbiran
|
Pengurusan
pentadbiran sistematik dan teratur.
|
|
1. Pengetua sebagai ketua pemimipin di sekolah.
2.Pegawas menjadi pelaksana peraturan dan undang-undang sekolah pada
masa yang sama menjadi mata dan telinga guru-guru.
|
Organisasi di sekolah
|
1.Pengarah sebagai ketua pemimpin di Kolej Vokasional.
2.MPP sebagai pengantaraan antara pelajar dan pengurusan
|
|
Tidak disediakan
bilik khas untuk pengawas.
|
Kemudahan yang
disediakan untuk sesebuah organisasi
|
Mempunyai bilik
yang disediakan khas untuk MPP mengadakan perbincangan.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
GAYA KEPIMPINAN (VIDEO)
GAYA KEPIMPINAN