PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan kajian yang telah kami
perolehi terdapat penambahbaikan antaranya adalah dengan meningkatkan interaksi
dua hala antara dua pihak. Kepimpinan
yang diamalkan oleh SMK dan KV mengambil masa yang lama dalam membuat taupun memutuskan
sesuatu keputusan.Justeru itu, pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil
langkah yang lebih efektif dalam memnyelesaikan isu bagi melancarkan sistem
petadbiran di sekolah tersebut.Dalam konsep dua hala ini juga, pihak yang
bertanggungjawab juga perlulah mengambil kira keadaan suasana tempat
perbincangan yang dilakukan agar dapat membantu guru-guru dalam mengeluarkan
sesuatu idea yang bernas dan bermutu. Hal ini kerana sekiranya suasana tempat
tersebut berada dalam keadaan baik, ia akan memberi keselesaan dan ketenangan
kepada guru-guru agar proses perbincangan tersebut akan berjalan lebih lancar
serta sistematik. Apabila dua konsep penambahbaikkan ini dilakukan, kita dapat
mempercepatkkan proses perbincangan dengan lebih sistematik dan teratur. Bekas
Menteri Pendidikan Dan Ketua Jurnal Akademik Islamiyat Al-Maritah ada
menyatakan dalam kepimpinan mesti ada gerakan dan perubahan yang positif secara
berterusan (Wan Rahimah Draman, 2007).Dengan itu, pemimpin hendaklah terlibat
secara aktif, menggerak dan menangani perubahan, memberi bimbingan dan tunjuk
ajar, dorongan dan galakan supaya setiap aktiviti mencapai matlamat dan memberi
sumbangan ke arah kecemerlangan sejajar dengan perubahan globalisasi.
Selain itu, pihak pengurusan
perlulah mengambil langkah dengan merangka strategi baru bagi memperkemas dan
mempertingkatkan lagi kualiti kepimpinan di sekolah agar lebih efisyen. Dalam
masa yang sama pihak pengurusan juga perlulah membandingkan perbezaan gaya
kepimpinan yang diamalkan dengan gaya kepimpinan yang sekolah Kluster
Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi agar dapat dijadikan contoh untuk
diteladani bagi memastikan tahap kepimpinan di sekolah berada pada tahap yang
memberangsangkan.
Di samping itu, pihak pengurusan
juga perlulah perlu memastikan gaya kepimpinan yang lebih bersifat timbangrasa
lebih banyak diamalkan berbanding dengan sifat mengarah atau mengatur kerja
kakitangan bagi memastikan tahap kepuasan kerja kakitangan berada di tahap
tinggi. Jika gaya kepimpinan yang bersifat mengarah, mengatur atau mementingkan
soal hasil kerja, dalam masa yang sama ia juga perlu diseimbangkan dengan sifat
bertimbangrasa. Kepimpinan yang beorinterasikan timbang rasa, menurut
Fleishman (1973) membawa maksud gaya
yang menunjukkan persahabatan , saling mempercayai, hormat, kemesraan dan
hubungan baik antara pemimpin dan kelompoknya.
Akhir sekali pihak pengurusan juga perlulah melakukan
perubahan dari masa ke sama corak dan gaya kepimpinan yang digunakan di sekolah
. Semua kakitangan yang terlibat juga perlulah memainkan peranan penting dalam
agar sistem pendidikan di sekolah berada dalam keadaan yang baik dan cemerlang.
Edmond (1978) berpendapat ‘ principle can make a difference’, yang membawa
maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca
daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara
pengurusan .Kupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam
pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat penting kepada kepimpinan
berkesan.
No comments:
Post a Comment